Sunday, November 6, 2016

Kisah 2 Hati (12)

Pagi itu Hanim tergesa-gesa menuju kolej,dia berlari pantas kerna sudah terlambat untuk kuliah pagi itu

'Overslept much,damn it' Hanim marahkan dirinya sendiri,tanpa menoleh kiri kanan dia terus melintas jalan dan pada masa yang sama ada sebuah lori sampah menghampiri dengan laju. Hanim bagaikan terkaku namun tiba-tiba seorang jejaka menariknya lalu mereka berdua jatuh di tepi jalan

"Hey kau ok tak?"

Hanim cuma mengangguk,badanya menggeletar,mukanya pucat bagaikan tiada darah "Thanks awak"

"Hmm lain kali hati-hati,takut kau x sempat hidup esok" jejaka itu sinis

"Say what?" Hanim rasa nak tumbuk aje mamat di depanya itu,namun dibatalkan hasratnya kerana dia terhutang nyawa dengan lelaki itu

"Aku Ray Adry,kau pula?"

"Hanim,salam kenalan dan thanks selamatkan aku"

Ray tersenyum dan berlalu "Next time hati-hati ea makcik" lalu melambai tanganya

"Eee mulut puaka" Hanim hanya menahan geram lalu terus menuju kolejnya

No comments: