Thursday, November 24, 2016

Kisah 2 Hati (44)

Selepas pertemuan yang mengharukan itu,Hana mengikut Hanim pulang dan di sana mereka berbual tentang kisah silam

"Haha Im la suka sangat peluk Na dulu kan,walaupun Na tak suka" Hana ketawa

"Tapi Na pun peluk Im jew kan,ingat lagi tak kita suka main dalam longkang kan"

"Gila kau tak ingat,so damn hillarious kot"

Hanim tersenyum,lalu dia jentik dahi Hana,ini membuat Hana tertawa. Sungguh 23 tahun yang berlalu begitu mendera perasaanya dan segala yang berlaku hari ini rasa bagaikan mimpi.

"Im ingat tak akan tahu di mana Na,tak akan jumpa Na lagi,sungguh dalam hati Im ni hanya rindu Na aje"

"Semua ni bukan satu kebetulan,Na percaya ini adalah hitsuzen"

"Hitsuzen? Apa tu?" Hanim tertanya

"Hitsuzen bermaksud takdir,yup takdir yang mahu kita bertemu semula. Na hidup pun kerana semangat Na yang ingin bertemu Im lagi"

"Im pun rasa hal yang sama juga" Hanim tersenyum dan Hana tersengih

"Tapi Na juga buat kesilapan dalam hidup,Na terperangkap dalam dendam dan Na malu dengan diri sendiri" lalu Hana menceritakan kisah silamnya dan Hanim ternganga

"I cant belive it"

"Itulah yang terjadi,dan Na faham kalau Im tak nak berkawan dengan Na lagi" namun Hana merasakan dahinya dijentik lagi

"Apa punya cakap tu,bagi Im Na tetap sahabat Im yang manis dan baik,kita tak hidup dalam memori silam malah kita hidup demi masa depan okey,dah jangan monyok lagi"

"You got it Im"

No comments: