Friday, November 25, 2016

Kisah 2 Hati (45)

Dia melangkah,hampir 10 tahun dia tinggalkan bumi Malaysia setelah hatinya dikecewakan Hanim,namun dia tahu itu bukanlah kesalahan Hanim. Ray menghela nafas ternyata dia masih seperti dulu dan kini dia berjaya menjejak Hanim melalui Firash.

'Im coming for you sayang' Ray memandu menuju destinasinya iaitu rumah Hanim

(Sementara itu)

"Waaa tak jadi la pulak" Hana tepuk dahi melihat masakanya tidak menjadi dan ditertawakan Hanim

"Kuat naw berangan tu,ingat buah hati pengarang jantung ke?"

"Ceh,aku lagi suka single,lelaki so tak boleh pakai la"

Hanim ketawa mendengar jawapan Hana yang melucukan hatinya,Hana up kening kononya tak puas hati pada Hanim

"Wah kening,lawan Ziana Zain ke?"

"Tak la aku lawan Hanim Imani boleh"

"Hahah poyo la kau" Hanim gelakkan Hana

"Assalamualaikum!"

Keduanya terhenti,lalu Hanim melangkah menuju pintu,dan membukanya,Ray cepat-cepat berpaling

"Waalaikumsalam ya cari siapa?" Hanim bertanya lalu Ray berpusing menghadap Hanim,dunianya terasa berhenti pabila dia menatap wajah Ray,dan Hanim rebah. Ray pantas mencapai tangan Hanim dan memimpinya masuk

"Im,mana kau letak kunyit.." Hana ternganga melihat Hanim dan Ray lalu dia mendapatkan Hanim "Awak siapa?"

"Saya Ray Adry,dan Hanim cinta hati saya"

Hana teringat yang Hanim ada menceritakan kisah cintanya dan Ray

"Saya Hana Ariff,sahabat Hanim" Hana serius

"So u are Na,saka yang Hanim selalu sebut tu ea" Ray senyum

"Saka?" Hana up kening pada Hanim yang tersipu-sipu

"Sorrylah Na,Im lupa nak cakap"

Hana menyuakan penumbuknya

No comments: