Monday, November 14, 2016

Kisah 2 Hati (25)

'Dang how suppose i find her' Hana menumbuk meja komputer di depanya,hampir 3 jam dia menghadap friendster miliknya,pelbagai keyword sudah dicari namun masih gagal lagi Hanim ditemukan,selepas peristiwa yang berlaku semangat Hana semakin kental

"Yo perlukan bantuan ke?"satu suara menegur Hana menoleh dia lihat semua ahli Wings Club berada di belakangnya,termasuk penolongnya Ayu

"Hey guys,why kalian di sini? Bukan ke kalian ada kelas ke?" Hana up kening

"Kami lepas PMR free la kak sayang" Fatiha mewakili sahabatnya

"Aku pulak kelas Pengajian Perniagaan batal sebab cikgu Yati hantar skuad bola jaring ke pertandingan" Ayu tersengih,Hana cuma garu kepala tak gatal

"Well kalau kalian nak tolong boleh aje the more the merrier kan"

"WINGS CLUB FOREVER!" Semua bersorak lalu mereka membantu Hana mencari Hanim,setelah 2 jam berlalu wajah Hana semakin keruh

"Kenapa masih tak jumpa ni,seolah Hanim tak mahu ditemukan" mata Hana mula berkaca

"Kak Hana tak boleh give up,this is not over yet,akak selalu berkata selagi hidup selagi tu terus berjuang,do you want to back out now?" Nick bersuara

"Betul kata Nick tu,kita Wings Club dan kita tak boleh mengalah,kau nak Hanim sedih bila tahu kawan dia cepat berputus asa" Ayu memberikan semangat

Hana tersentak mendengarkan kata-kata Ayu,dia bukan seorang pengalah apatah lagi seorang yang memutarbelit kata-katanya.Hana mahu buktikan yang dia adalah sahabat sejati Hanim dan akan kekal selamanya

"Thanks kalian,ye aku adalah captain Nurhasnah Ariff of Wings Club dan kita tak akan berputus asa,kita akan cari dia walau apapun terjadi"

"Thats the spirit,now lets do it"

Mereka meneruskan pencarian,ketika itulah Hana rasakan sesuatu lalu menoleh ke belakang,dia nampak bayangan Hanim tersenyum sambil angkat ibu jari

'I promise we'll be together again' Hana memasang tekad

No comments: