Tuesday, November 1, 2016

Kisah 2 Hati (2)

Hati,tak siapa mengerti,di sebalik senyumanya yang memikat itu,jauh di sudut hati Hanim dia kesunyian,rindunya pada Hana bagaikan tidak tertanggung rasanya

"Apa yang kau fikirkan Im,sejak akhir-akhir ini aku lihat kau asyik termenung jew" Zia menyapa Hanim

"Hmmm" datar sahaja jawapan Hanim,irama lagu 'Utusan Rindu' tambah membuat hatinya sayu, telah 23 tahun berlalu sejak kali terakhir Hanim menatap wajah Hana. Dia menghela nafas

"Eh yuk kita keluar,gi pantai bosan la duduk kat rumah ni" Zia menyiku Hanim

"Kau pergi sorang la,aku tak ada mood nak pergi mana- mana"

"Ala dari kau duduk termenung ingat kat seseorang yang belum tentu ingat kau baik kau ikut aku"

Sepantas kilat Hanim menerpa lalu mencekak baju Zia,matanya bersinar dengan api amarah

"Kau cakap sekali lagi,aku kurang dengarlah"

Zia terasa aura membunuh yang sangat kuat bila Hanim memandangnya begitu,dia menelan liur yang terasa berpasir di kerongkongnya

"Maafkan aku,tak sepatutnya aku cakap macam tu tadi"

Hanim melepaskan peganganya,lalu dengan wajah yang serius dia memandang Zia

"Hana segalanya bagi aku,kalau aku dengar kau cakap yang bukan-bukan pasal Hana siap kau"

"Aku faham"

"Eh tadi cakap nak ke pantai,yuk la" Hanim mengajak Zia yang ternganga dengan perubahan mood Hanim yang mendadak

No comments: