Friday, November 25, 2016

Kisah 2 Hati (47)

Hanim dan Ray berada di sebuah tanah lapang atas jemputan Hana. Keduanya tidak mengetahui apa yang Hana rancang buat mereka

"Agaknya kenapa ea Na jemput kita ke sini?" Hanim tanya Ray

"Obviously ada sesuatu yang tak kena ni" Ray melihat langit. Tiba-tiba kelihatan paraglider di atas langit sambil membawa kain rentang 'Hanim Imani will you marry me?'

Hanim terkejut dan terharu melihat kejutan itu lalu Ray mendekat dan melutut

"Dear Hanim Imani,pertama kali bie nampak sayang,bie rasa dia ni brutal dan so mak cik kepoh,tapi disebalik semua itu ada seorang gadis manis yang polos dan penyayang,namun takdir memisahkan kita,tapi kini bie diberikan peluang kedua dan bie mahu menggunakan peluang itu sebaiknya,Hanim Imani will u marry me?"

Hanim terdiam,dalam fikiranya berkecamuk,sungguh dia menyintai Ray Adry namun dia ada sesuatu yang menghalang dari dirinya bahagia

"I need time to think,boleh tak berikan sayang masa?"

"Bie sanggup tunggu berapa lama pun untuk sayang,kalau bie boleh menanti 10 tahun inikan pula beberapa hari" Ray tersenyum,dan di atas langit,sang para glider itu menepuk dahi,ternyata dia rupanya Hana

(Malam itu)

"Kau ni dah kenapa Im,kau buat Ray ternanti jawapan?" Hana up kening

"Kalaulah kau tahu kenapa aku keberatan menerima lamaranya,cuba kau fikir kalaulah kami bersama tapi seketika cuma,Ray pasti lebih derita" Hanim merenung Hana

"Maksud Im?"

"Im sakit Na,dan sakit Im tiada penawarnya,sebab tu Im tak nak Ray bersedih kalau seandainya Im tiada"

Hana bagaikan dipanah petir mendengarkan kata-kata Hanim,titik jernih mengalir ke pipinya

"Kenapa takdir ni kejam,why you Im not Kasih yang tak guna tu" Hana mengenggam penumbuk

"Now Na tahu kenapa Im takut terima lamaran Ray tu" Hanim memeluk Hana dan keduanya bertangisan

No comments: